Sebelum bergelar ibu dan isteri, aku mempuanyi kerjaya sendri sebagai pendidik. Namun, oleh kerana 'morning sick' yang teruk pada awal kehamilan anak pertama ku, aku meletak jawatan. Aku berkenalan dengan suami setahun sebelum kami memutuskan untuk menjalinkan hubungan cinta. Selepas membuat keputusan untuk bercinta dengan lebih serius kami mengambil keputusan untuk berkahwin memandangkan aku telah berbadan dua pada masa itu.
Hasratku untuk berkahwin ku beritahu pada kedua orang tua ku, namun hasratku ditentang habis-habisan oleh ayah ku kerana berbezaan agama.. Aku dihalau keluar dari rumah namun ibuku masih berusaha mempertahankan aku.